Ternyata Wong Fei Hung adalah Muslim, Jago Kungfu,
Ulama dan Tabib.Wong Fei Hung
(Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan
juga seorang tabib.
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai
jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak
Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli
bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh
pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti
Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di
China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung
(Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung
merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung
juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa
arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib
ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok
(wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam
di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang
menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong
Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung.
Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei
Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan
tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti
sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang
lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat
menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan
perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos
perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang
datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam
membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch'in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch'in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch'in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch'in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri
sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk
Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang
membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi
lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan
handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun
adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan
pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch'in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan
bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch'in yang datang dari
Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in
tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England,
Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau
pendudukan Kerajaan Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung
kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia
telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya
mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin
sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal
namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan
Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan
bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan
mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang
tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap
dan kejam di Canton.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya
dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan
dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya
meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung
memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan,
seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini
kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut
mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita,
generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin .










0 comments:
Post a Comment